Gambar pilihan bulan ini...

Gambar pilihan bulan ini...

Welcome To NoorSham Wedding Photography Blog

Selamat datang ke Blog Fotografi NoorSham. Kami menyediakan perkhidmatan forografi, Majlis Pertunangan, Majlis Berinai, Majlis Akad Nikah, Majlis Persandingan, Majlis Potong Kek dan juga lain-lain majlis mengikut apa yang anda kehendaki. Kami menawarkan harga-harga serta pakej-pakej yang berpatutan. Jika ada tidak berpuas hati atau tidak berkenan dengan pakej yang kami sediakan, sila hubungi kami untuk perjumpaan dan perbincangan. Caj tambahan sebanyak RM100 untuk lokasi luar daripada Kota Kinabalu.

Hubungi kami melalui : Tel / Whatsapp / Telegram : 016-826 5684 atau Telefon : 088 - 499684

Anda juga boleh layari facebook kami di https://www.facebook.com/noorshamphotography atau blog di http://noorshamphotos.blogspot.com/

Wednesday, 24 September 2014

Kenapa caj perkhidmatan fotografi perkahwinan mahal?

Apabila ada yang bertanya tentang caj perkhidmatan fotografi perkahwinan,kenapa ada yang  mengenakan caj sehingga melebih RM1000 untuk satu hari? Berbaloi ke? Ada yang faham memang tak kisah tapi kalau yang tak faham, disini saya nak terangkan agar anda faham.

Kerja-kerja fotografi ni yang orang nampak hanya fotografer dok mengatik di lapangan jer. Dok mengambil gambar2 orang atau pengantin di majlis kenduri. Nampak mudah kan. Tapi kerja2 fotografer bukan semudah menekan tombol pada kamera. Fotografer perlu datang awal di lokasi. Lihat sudut2 yg sesuai untuk shoot. Pencahayaan juga penting. Setting pada kamera perlu dilaraskan. Kalau lokasi kenduri diluar rumah, cahaya pagi, tghari, petang dan malam tidak sama. Kalau silap setting, gambar tak cantik. Muka pengantin nampak berminyak sakan.

Habis kerja2 di lapangan, kerja2 pengeditan foto memakan masa beberapa hari malah mungkin berminggu minggu jika foto terlalu banyak atau muka pengantin tidak di makeup dengan baik. Jadi, berbaloi la dgn caj tinggi yg dikenakan.

Tapi kadang2 fotografer yang jenis buat kerja tangkap muat ni yang merosakkan reputasi fotografer full time. Ramai fotografer part time yang saya jumpa, mereka tak pernah masuk kelas atau kursus dengan mana2 sifu fotografer tetapi hanya membeli DSLR dan pakai mode auto sahaja untuk mengambil gambar. Tanya bab exposure pon tak tahu apa2. Tapi berlagak cam pro sebab pakai DSLR yang mahal2. Hasilnya tak seberapa. Lepas tu kenakan caj yang terlalu murah. Ada yang mengenakan caj serendah RM100 sehari. Agak2 la... 


Ada yang mengatakan mereka kenakan caj rendah kononnya baru belajar tapi buat sorang-sorang plak tu. Kalau nak belajar, ikut sifu yang berpengalaman mengambil gambar kahwin. Free pon tak apa, janji dapat ilmu. Kalau buat sorang2 tu belajar apa bendanya?

Kesimpulannya, caj perkhidmatan fotografi ni mahal sbb kerja bukan hanya di lapangan sahaja. Kerja2 pengeditan di ofis atau dirumah juga perlu dikira. Peralatan fotografi yang mahal juga perlu diambil kira kerana kita perlu fikirkan pulangan modal dan masa yang kita peruntukan untuk kerja-kerja ini.

No comments:

Post a Comment