Gambar pilihan bulan ini...

Gambar pilihan bulan ini...

Welcome To NoorSham Wedding Photography Blog

Selamat datang ke Blog Fotografi NoorSham. Kami menyediakan perkhidmatan forografi, Majlis Pertunangan, Majlis Berinai, Majlis Akad Nikah, Majlis Persandingan, Majlis Potong Kek dan juga lain-lain majlis mengikut apa yang anda kehendaki. Kami menawarkan harga-harga serta pakej-pakej yang berpatutan. Jika ada tidak berpuas hati atau tidak berkenan dengan pakej yang kami sediakan, sila hubungi kami untuk perjumpaan dan perbincangan. Caj tambahan sebanyak RM100 untuk lokasi luar daripada Kota Kinabalu.

Hubungi kami melalui : Tel / Whatsapp / Telegram : 016-826 5684 atau Telefon : 088 - 499684

Anda juga boleh layari facebook kami di https://www.facebook.com/noorshamphotography atau blog di http://noorshamphotos.blogspot.com/

Tuesday, 16 December 2014

Penetapan Harga Lantai bagi pakej jurugambar perkahwinan Melayu seluruh Malaysia

Penetapan Harga Lantai bagi pakej jurugambar perkahwinan Melayu seluruh Malaysia pada 13hb Julai 2013 pukul 2.23 ptg.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita pihak MWPPM ingin mengesyorkan senarai harga di bawah sebagai ‘Harga Lantai’ bagi digunapakai oleh semua jurugambar perkahwinan Melayu Malaysia.

Tujuan Harga Lantai 1. Sebagai satu garis panduan semua penggiat fotografi perkahwinan dalam peletakan harga pakej

perkhidmatan yang disediakan agar tidak terlalu rendah dan merosakkan pasaran.
2. Agar para pengantin tahu anggaran bajet yang perlu disediakan dalam mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan Melayu di Malaysia.
3. Boleh dijadikan panduan buat jurugambar-jurugambar baru.

Mengikuti Harga Lantai yang telah ditetapkan
1. Wajib diikuti semua ahli persatuan dan disyorkan bagi yang bukan ahli.
2. Bagi yang mengikuti panduan ini, anda sebenarnya membantu dalam membangunkan industri fotografi perkahwinan tempatan dan tidak merosakkannya.
3. Harga lantai adalah harga minima dan mana-mana jurugambar adalah bebas meletakkan harga mereka di atas harga lantai yang telah ditetapkan.
4. Isi kandungan minima pakej adalah seperti disenaraikan.

Senarai Harga Lantai:

Pakej Album ‘Sticky’ / Poket - 1 buah album ‘sticky’ atau poket bersama 120 cetakan 4R - 5 jam liputan pada hari majlis - 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman
Harga disyorkan: RM 1300

Pakej Album ‘Custom’ - 1 buah album ‘custom’ pada 20 mukasurat bersaiz 8” x 12” - 5 jam liputan pada hari majlis - 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman
Harga disyorkan: RM 1500

Pakej Album ‘Photobook’ - 1 buah album ‘photobook’ pada 40 mukasurat bersaiz 11” x 11” - 5 jam liputan pada hari majlis - 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman
Harga disyorkan: RM 1900

Pakej ‘Shoot & Burn’ - 5 jam liputan pada hari majlis - 1 jurugambar minima 1 tahun pengalaman
Harga disyorkan: RM 500

Adalah diharapkan dengan adanya Harga Lantai ini, ianya dapat menjaga serta memajukan lagi industri fotografi perkahwinan Melayu Malaysia.

JAWATANKUASA MWPPM 2013/2014 1 JULAI 2013

Wedding Photographer adalah businessman dan bukannya buat kerja amal. Mereka membuat pelaburan dengan membeli kamera yang berharga RM4000-RM8000 dan belum termasuk lense-lense yang digunakan untuk menghasilkan gambar yang amat menarik sekali untuk bakal pelanggan mereka. Sudah semestinyalah Pakej Fotografi Perkahwinan harus mempunyai satu harga lantai supaya tidak berlaku pembunuhan harga yang amat melampau.

Jadi, harga yang saya tetapkan bergantung juga kepada jumlah jam bekerja. Biasanya saya bekerja bukan 5 jam sehari. Selalunya dari pagi sampai malam. Ada yang start dari jam 9.00am dan habis jam 5.00pm. Kemudian sambung lagi jam 8pm sampai 11.30pm. Selalu cam ni la kalau ambil gambar di Sabah. kerja 5 jam tu hanya masa minima sahaja. Kalau saya caj lebih pun itu memang berbaloi la kan.

No comments:

Post a Comment